Koleksi Ebook Bahasa Malaysia

Perniagaan Internet . Pemasaran Internet

About

Blog ini diujudkan dengan tujuan mengumpul sebanyak mungkin ebook-ebook yang ditulis dalam bahasa Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan dengan kegiatan mencari wang melalui internet. Dengan ini diharapkan dapat membantu mereka yang kurang selesa dengan penggunaan bahasa Inggeris dan jurang bahasa ini tidak dijadikan alasan untuk tidak turut bersama-sama berniaga di internet.

Selain dari itu ianya diharapkan dapat memberi pendedahan tentang usaha perniagaan internet yang sebenar berbanding dengan hanya menyertai skim-skim cepat kaya yang begitu berleluasa di internet. Mengaburi newbie dengan janji pendapatan lumayan berjuta ringgit dengan usaha yang minimum malah ada diantaranya cuma perlu laburkan duit saja dan tunggu hasil.

Percayalah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang anda perlu berusaha keras dan terus menambah ilmu dengan membaca ebook-ebook yang berkualiti. Melaburlah untuk diri anda sendiri terlebih dahulu iaitu dengan mendapatkan ebook ilmiah, membacanya, mengamalkan ilmunya dan seterusnya anda akan menerima pulangan berlipat kali ganda dengan pelaburan ini. Insyaallah.

“Usaha Tangga Kejayaan”

Sukeri Mohamed
www.sukeri.com
Usahawan Internet